(In malay) Kepadamu, ya allah

Hari ini aku mendengar banyak berita tentang saudara maraku. Pengalaman yang mereka lalui telah banyak memberiku pengajaran.

Hari ini aku bersyukur kerana keluargaku tetap dan masih bersatu walau apa jua rintangan yang diberikan.
Hari ini aku bersyukur kerana tuhan memelihara keluargaku dari segala musibah dan malapetaka.

Hari ini memberiku kesedaran bahawa tiada cinta yang kekal selamanya walaupun sudah bertahun lama mendirikan rumah tangga.

Hari ini juga aku sedar bahawa manusia ini lemah, lokek dan ada yang busuk hati. Manusia menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan kepentingan dan kesenangan diri sendiri, ada juga untuk dendam dan iri hati.

Kami lemah, teramat lemah. Aku berdoa padamu tuhan, lindungilah keluargaku, sayangilah kami, limpahkan rahmat, nur dan cahaya mu kepada kami.

Pelbagai pengalaman hidup yang telah aku dengarkan dan setiap pengalaman ku jadikan pedoman hidup. Ini memberikanku semangat untuk terus mendekatkan diri pada tuhan.

Aku bukan manusia sempurna namun aku ingin mencuba dan aku harap suatu hari nanti, aku dapat menjadi ahli2 syurga, insyallah.

Yang benar,
Saf.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Comments

Popular Posts